Urus Rumah Tangga: Macam Mana Nak Mula?

Pernah tak anda rasa serabut dengan hidup seharian? Suami nak pergi kerja tapi sebelah stokin tak jumpa. Anak nak kena pakai baju Pendidikan Jasmani ke sekolah tapi rupanya baju belum basuh. Inilah tanda-tanda hidup kita tak teratur. Memang boleh buat stress berpanjangan jika kita tak urus rumah tangga dengan efisien.

.

Macam mana nak susun atur hidup supaya lebih tenang dan gembira? 

Pertama, kita perlu tahu kenapa kita nak hidup yang teratur. 

Saya sebagai seorang ibu yang bekerja di rumah memerlukan kehidupan yang teratur supaya

  • Dapat jimat masa. Bila ada masa lebih baru boleh buat kerja-kerja untuk dapatkan side income. 
  • Tak serabut. Ibu yang berada di rumah mempunyai keutamaan menguruskan hal-hal rumah tangga. Selagi tak selesai selagi itulah tak senang nak buat benda lain. 
  • Kurang stress. Berada di samping anak-anak yang tak terjangka keadaannya mudah membuatkan ibu-ibu stress. Ditambah dengan kehidupan yang tak teratur bertambah-tambah lagi stressnya.
  • Hidup tenang dan gembira bersama keluarga. Bila keperluan cukup hidup akan lebih tenang. 
  • Tidak rasa terbeban dengan urusan rumah tangga yang tak berkesudahan. 
  • Menjadi pengurus rumah tangga yang efisien. 

.

Tapi kehidupan yang teratur sahaja tidak cukup. Kita hidup bersama anak dan suami di dalam rumah yang sama. Jika mereka tidak sama-sama mengatur kehidupan, semuanya akan kembali serabut. 

Jadi kita kena faham

  • Beza antara pengurusan rumah dan pengurusan rumah tangga. 
  • Tugas kita sebagai pengurus rumah tangga bukannya bibik. 
  • Matlamat dan masa depan keluarga kita terutamanya anak-anak. 

.

Apa beza pengurusan rumah dengan pengurusan rumah tangga?

Pengurusan rumah ialah tugas-tugas yang perlu kita buat untuk pastikan rumah bersih dan selesa untuk didiami.

Pengurusan rumahtangga pula melibatkan ahli keluarga yang tinggal dalam rumah. Macam mana kita nak uruskan mereka supaya beri kerjasama dalam pengurusan rumah. Macam mana kita nak uruskan supaya semua orang gembira berada di rumah.

Yang kedua ni lebih mencabar untuk diuruskan. Tapi jika berjaya diuruskan, yang pertama tadi jadi lebih mudah dan kita pun kurang penat dan stress.

.

Kedua, terus mulakan dengan sekecil-kecil langkah. 

Apa benda paling buat kita serabut sekarang? Selesaikan yang ini dulu. Cipta rutin harian yang membantu kita menguruskan kerja-kerja rumah. Kemudian mula urus rumah tangga kita secara beransur-ansur. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge