Disiplinkan Anak dari Rumah dengan 5 Langkah

Saya bukanlah heroin bab-bab disiplin ni apatah lagi nak disiplinkan anak. Zaman belajar dulu selalu ponteng kuliah. Astaghfirullah. Semoga anak-anak tak ikut perangai ni.

Bila dah bekerja sendiri di rumah, saya takde jadual tetap. Jadual untuk homeschooling Sarah pun takde. Semuanya ikut kelapangan masa dan kesediaan Sarah.

.

Tapi ada beberapa perkara yang perlu diberikan garis panduan supaya ahli-ahli di dalam rumah tahu batas-batas dan hormat menghormati. Paling penting supaya anak-anak terdidik untuk tidak membelakangkan ibu bapanya.

Ini 5 langkah yang saya ambil untuk melaksanakan peraturan di rumah.

.

1. Beritahu

Masa Sarah baby semua benda dia cuba buat dan selagi benda tu tak bahaya saya biarkan je. Bila dah besar, dah pandai minta itu ini, masa nilah wujudnya peraturan.

Contohnya, nak tengok kartun. Saya izinkan tapi tak boleh lama-lama. Lebih kurang 30-60 minit je.

Sarah belum faham 30 minit tu lama mana jadi saya susun cerita kartun dalam folder. Satu folder 30-60 minit. Pasang dekat TV guna pendrive. Bila dah habis kena tutup.

Disiplinkan anak

2. Tegas

Bila dah beritahu dan Sarah dah tahu, masa untuk buat pula. Mula-mula memang susah Sarah nak ikut.

Dah habis cerita minta nak sambung cerita lain pula. Tapi memang tak dapat la. Menangis sepak-sepak meja pun memang tak dapat.

Ada la dalam seminggu merengek lepas tu dia dah boleh terima. Dia sendiri akan tutup TV lepas habis cerita.

.

3. Konsisten

Peraturan ni perlu dilaksanakan setiap hari, setiap masa. Barulah namanya peraturan.
Bukan untuk anak kecil je tapi semua ahli dalam rumah termasuk ibu ayah.

Ok mungkin 2-3 kali setahun boleh break the rules berdasarkan situasi istimewa tapi tak boleh selalu. Ini untuk mengelakkan anak-anak memanipulasi ibu ayahnya dengan mudah.

.

4. Revise

Bila dah seminggu buat saya tengok balik berapa kali kami langgar peraturan tu.

Kalau 2 hari je boleh ikut lagi 5 hari ke laut, ia perlu difikirkan semula. Mungkin peraturan tu agak berat untuk disesuaikan dengan rutin harian keluarga.

Kalau kita memang tengok drama TV sepanjang hari tiba-tiba nak kena ikut peraturan tengok TV sejam sehari mungkin payah sikit kan.

Dekat rumah ni TV hanyalah sebagai perhiasan. Saya ingat nak jual je dekat mudah.my. Tapi sekarang dah jadi TV pendidikan Sarah.

.

5. Adjust

Bila sesuatu peraturan tak berjaya dilaksanakan, adjust semula ikut kesesuaian. Apa gunanya ada peraturan ketat-ketat tapi tak ikut kan.

Mula-mula saya ingat nak buat peraturan ‘NO TV at night’ tapi fikir semula kesian pula dekat suami. Malam je masa yang beliau ada nak berdamping dengan TV.

Jadi saya tukar kepada ‘NO TV from 7 pm to 8 pm’. Sampai hari ni berjaya dilaksanakan kecuali jika ada tetamu.

.

Alhamdulillah, rezeki kami dikurniakan #izzakids (Sarah Izzati & Salwa Izzati) yang mudah diurus.

Mudah diurus bukan bermaksud anak sentiasa behave, tak meragam dan sentiasa comel. Tapi tunggang terbalik rumah dikerjakan anak-anak semuanya masih di dalam kawalan kami.

Walaupun ada juga masa-masanya saya bertukar hijau, kuning dan merah. Susah nak jadi mak yang maintain ayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge