Tentang Penulis

Assalamualaikum.

Nama penuh saya Noraini binti Hamdan tetapi saya lebih selesa dengan panggilan Ain sahaja.

Saya berasal dari Muar, Johor dan kini menetap di Pasir Gudang bersama suami dan dua orang anak perempuan.

Nama blog ini www.izzakids.com diambil bersempena dengan nama anak-anak saya iaitu Sarah Izzati dan Salwa Izzati.

.

Saya pernah bekerja sebagai jurutera di dalam sektor minyak dan gas. Pada 2013 saya berhenti dan menjadi guru tuisyen sepenuh masa.

Saya suka membaca dan belajar. Buku-buku pilihan saya berkisar tentang pendidikan, keibubapaan dan psikologi.

Disebabkan minat yang mendalam, saya menjadi ejen menjual buku kanak-kanak secara online.

Kini, saya juga menjadi ejen barangan penjagaan bayi dan kanak-kanak Tasneem Naturel.

.

Blog ini merupakan platform untuk saya menulis berkaitan pendidikan awal dan keibubapaan yang kebanyakannya saya peroleh melalui pengalaman, pembacaan dan pemerhatian.

Semoga ia dapat memberikan sedikit manfaat untuk ibu bapa di luar sana.

.

Boleh follow saya di media sosial.
Facebook: Nota Parenting IzzaKids
Instagram: @blog.izzakids