Satu Perkara Penting yang Boleh Bantu Anak Jadi Orang Berjaya

Semua orang bermula dengan tidak tahu. Tak tahu bercakap, tak tahu menulis, tak tahu mengira.

Tapi semua yang kita tak tahu boleh dipelajari dan diperbaiki jika kita terus belajar, berlatih dan berusaha.

Inilah yang dikatakan sebagai growth mindset.

Growth mindset

Growth mindset ialah:

  • Kita sedar yang kelemahan kita boleh diperbaiki jika terus berusaha.
  • Kita sedar yang keupayaan kita tiada batasan dan sentiasa boleh jadi lebih baik.

Kalau harini kita tak tahu, bukan bermakna selama-lamanya kita tak tahu.

Ia sesuatu yang boleh diubah asalkan kita mahu berusaha untuk mengubahnya.

 

Tapi growth mindset pada kanak-kanak tak datang dengan sendirinya. Mindset ni datang daripada kita orang dewasa.

Apa yang kita katakan pada anak akan membentuk mindset dalam minda mereka.

Tapi sebelum kita nak develop growth mindset dalam diri anak-anak, kita yang kena develop mindset tersebut dalam diri kita.

.

Kita nak anak kita berjaya di sekolah. Kita juga nak anak kita tahu yang dia boleh berjaya di sekolah.

Tapi kita juga kena fahamkan anak yang kejayaan tu tak datang bergolek. Mereka boleh berjaya dengan usaha yang berterusan.

Jadi kita kena raikan usaha anak kita berbanding keputusan peperiksaannya. Raikan dalam bentuk pujian atas usahanya.

✔️ “Ibu bangga dengan usaha kakak selama ni.”
✔️ “Ibu happy sebab adik tak putus asa sampai adik dapat capai apa yang adik nak.”

 

Ini lebih baik berbanding kita puji keputusannya.

❌ “Bagusnya kakak dapat semua A.”
❌ “Macam nilah anak ibu, dapat 100%.”

Kemudian kita tanya anak, apa yang dia dah buat sehingga boleh capai kejayaan tersebut.

Bila mereka tahu steps yang menyumbang ke arah kejayaan tersebut, dia boleh buat benda yang sama untuk capai kejayaan-kejayaan lain.

.

Jika anak gagal

Tapi macam mana pula kalau anak kita gagal?

Kegagalan adalah sesuatu yang biasa bila kita belajar benda baru. Kita masih perlu puji usaha yang dah dibuat supaya anak tak patah semangat.

Bincang dengan anak dekat mana kelemahannya supaya dia boleh ubah dan perbaiki. Bukannya marah-marah dan compare dengan orang lain.

Bila anak dah berjaya dia akan ingat semula orang-orang yang bantu dia masa dia gagal.

.

Bila anak ada growth mindset, dia tak berhenti lepas dapat capai sesuatu atau putus asa bila gagal.

Sebab dia tahu dia sentiasa boleh improve diri dan menjadi lebih baik. Dan dia juga tahu semua tu memerlukan kerja keras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge