Pada Umur Berapa Anak Belajar Makan Sendiri? (Perkembangan 3 bulan – 6 tahun)

“Anak saya tak mahu disuap. Dia nak makan sendiri.”

“Anak saya suka benam-benamkan sudu dalam bubur. Habis berkecah.”

“Anak saya suka gigit straw. Setiap kali minum mesti leper je straw tu kene gigit.”

Biasa dengan situasi ini?

Ini semua adalah perkembangan normal bagi anak-anak yang sedang belajar makan sendiri.

Feeding and Eating

Menyuap makanan (feeding) dan mengunyah makanan (eating) ialah dua kerja penting untuk menjaga tubuh badan kita.

Jika ada anak yang menghadapi kesukaran untuk melakukan dua kerja ini, ia mungkin disebabkan

  • Masalah koordinasi mata-tangan atau kemahiran motor halus yang diperlukan untuk anak menyuap makanan.
  • Masalah berkaitan pergerakan rahang, lidah dan bibir untuk mengunyah dan menelan makanan.
  • Masalah untuk duduk lama di sesuatu tempat untuk menghabiskan makanan.

Perkembangan Feeding and Eating

Kita kena perhatikan perkembangan eating and self-feeding anak kita sama ada on track atau tak.

Sedikit panduan berkaitan perkembangan eating and self-feeding.

4-6 bulan

  • Cuba menghisap jika disuakan makanan.
  •  Meletakkan tangan pada botol/breast ketika menyusu.
  • Membawa masuk ke mulut.

7-9 bulan

  • Mula menggigit makanan pejal yang lembut.
  • Mula memegang makanan.
  • Boleh memegang sendiri botol ketika menyusu.
  • Mula minum/menghirup air dari cawan.

10-12 bulan

  • Minum menggunakan straw.
  • Mula menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk memegang.

13-15 bulan

  • Menggigit cawan.
  • Merapatkan bibir ketika mengunyah.
  • Mula makan makanan yang lebih keras.
  • Membenamkan sudu ke dalam makanan.

16-18 bulan

  • Memegang cawan, membawanya ke mulut, minum dan meletakkan semula cawan.

19-24 bulan

  • Makan menggunakan sudu.
  • Menggunakan lidah untuk membersihkan bibir.
  • Mengunyah daging.

25-36 bulan

  • Minum daripada cawan menggunakan sebelah tangan.
  • Memegang sudu menggunakan hujung jari.
  • Menuang air daripada bekas.
  • Mengelap mulut dengan kain jika diminta.

3-4 tahun

  • Menelan makanan sebelum menyuap yang lain.
  • Mengambil makanan dan menuang air sendiri di atas meja.
  • Memegang cawan dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang straw.
  • Membuka bekas makanan.

4-5 tahun

  • Menyuap makanan dengan kuantiti yang sesuai ke dalam mulut.
  • Mengunyah dengan bibir tertutup.
  • Memotong makanan lembut dengan pisau plastik.

5-6 tahun

  • Memotong makanan dengan pisau yang tidak tajam di bawah pengawasan orang dewasa.
  • Menggunakan sudu dan garfu dengan betul.

 

Setiap anak tak sama perkembangannya. Tetapi kita perlu juga alert jika ada yang terlewat atau tidak normal dan cepat-cepat dapatkan nasihat daripada yang lebih pakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge