5 Perkara yang Boleh Dilakukan untuk Melegakan Batuk dan Selesema Anak

Biasanya kita akan rasa tak selesa bila batuk atau selesema. Anak kecil apatah lagi. Mereka akan kerap menangis dan meragam.

Mulalah mereka tak tidur malam. Kita sebagai ibu bapa pun akan letih sebab tak cukup tidur. Nak bekerja pulak esok harinya.

Jika dibiarkan tanpa rawatan ia mungkin boleh mengundang masalah kesihatan yang lebih serius.

.

3 punca anak kerap batuk dan selesema

1. Selalu dibawa ke tempat ramai orang

Anak kecil mudah dijangkiti penyakit jika terdedah kepada ramai orang. Bakteria boleh disebarkan melalui  titisan air ketika bersin atau batuk.

2. Pengudaraan kurang baik

Penggunaan aircond di rumah menyebabkan kita selalunya menutup rapat pintu dan tingkap. Ini akan menyekat pengaliran udara dalam rumah kita.

3. Kurang menjaga kebersihan

Anak kecil suka menyentuh benda-benda di sekelilingnya termasuklah benda-benda kotor seperti tong sampah. Selain itu kita juga mungkin terlupa untuk mencuci tangan anak setiap kali keluar tandas.

.

Saya nak kongsikan perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak rasa selesa ketika batuk atau selesema.

1. Penghawa dingin

Elakkan anak tidur dengan penghawa dingin ketika batuk. Sebaliknya buka tingkap untuk pengaliran udara yang baik.

Udara di dalam bilik berhawa dingin adalah kering. Ini boleh menyebabkan tekak berasa gatal dan menyebabkan anak terbatuk-batuk.

2. Penyembur hidung

Penggunaan penyembur hidung yang mengandungi bahan semula jadi boleh membantu melegakan batuk.

Ia dapat membersihkan laluan hidung dari lendir dan hingus. Selesema anak akan lebih cepat kering.

3. Minum air

Pastikan anak anda minum air yang mencukupi. Ia untuk memastikan sel-sel jadi lebih sihat.

Kuantiti air yang disyorkan oleh Institut Perubatan Akademi Kebangsaan:

0 – 6 bulan: 700 ml
7 – 12 bulan: 800 ml
1 – 3 tahun: 1300 ml
4 – 8 tahun: 1700 ml

Baca juga: 5 Jenis Balm Tasneem Naturel sebagai Kit Kecemasan Anak-anak

4. Madu

Madu dapat melegakan tekak tetapi ia hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.

Berikan anak 1/2 sudu teh madu sebelum tidur.

5. Tinggikan kepala

Dengan meninggikan kepala ketika berbaring, anak anda dapat bernafas dengan lebih selesa.

Ia juga boleh mengurangkan kekerapan batuk apabila kahak tidak lagi berkumpul di bahagian tekak.

Ini adalah antara perkara yang kita boleh lakukan untuk bantu anak kita selain bawa mereka untuk berjumpa doktor.

Jika batuk dan selesema anak berlarutan, bawa ke klinik dengan segera. Pastikan kita dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum diberikan apa-apa ubat.

Baca juga: Balm Bayi CF-Rub Bantu Legakan Batuk dan Selesema

3 Replies to “5 Perkara yang Boleh Dilakukan untuk Melegakan Batuk dan Selesema Anak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge