[Baby 7 bulan] Perkembangan dan Rutin Harian

Waktu baby paling comel ialah pada umurnya 6 – 12 bulan.

Baby dah mula respon dan berkomunikasi, semakin banyak akal dan lebih banyak main berbanding tidur.

Waktu ini juga ialah waktu untuk baby adjust dengan rutin baru.

Baby dah mula makan solid food. Waktu tidur siang pun makin kurang. Baby lebih aktif dan banyak bermain. Makin comel dan banyak makan.

Susu ibu sahaja tak cukup untuk tampung keperluan nutrisi baby masa ni. Tanpa solid food, baby perlukan susu ibu dalam kuantiti yang banyak.

Kalau tak, baby akan lapar. Ini boleh buat baby selalu meragam dan susah tidur lena.

Rutin Harian

Contoh rutin harian:

7.00 pagi: Bangun, makan, mandi, main
9.00 pagi: Nap time
11.00 pagi: Bangun, makan, main
1.00 petang: Nap time
3.00 petang: Bangun, makan, main
5.00 petang: Short nap
6.00 petang: Bangun, mandi, susu, siap-siap untuk tidur
7.00 malam: Tidur
10.00 malam: Makan / susu jika belum dapat tidur lena

? Waktu bangun pagi adalah waktu yang penting dalam rutin harian baby. Jika baby selalu bangun lewat, boleh jadi sampai besar dia akan terbiasa bangun lewat.

? Jika baby bangun awal dari nap time, elakkan bagi makan awal. Ikut waktu bangun yang biasa kecuali kalau baby nampak lapar. Kalau bagi makan awal, waktu nap time seterusnya baby dah lapar balik. Susah dia nak tidur dan akan ganggu rutin harian.

Wean Off Waktu Malam

Pada umur 7 bulan, kita dah boleh hentikan (wean off) penyusuan pada waktu malam.

Makanan dan susu yang kita bagi pada waktu siang dah boleh penuhkan perut baby dah beri nutrien secukupnya.

Jadi baby tak perlu bangun tengah malam untuk makan atau minum.

Untuk betul-betul berjaya hentikan penyusuan waktu malam, kita kena beri baby makan dan minum secukupnya masa siang dan awal malam.

Kalau baby masih lagi bangun tengah malam sebab lapar, kita boleh cuba beri makan lewat malam, sekitar pukul 10-11 malam.

Boleh cuba rutin ni sampai baby boleh tidur lena sepanjang malam. Lepas dah berjaya, boleh mula hentikan rutin makan lewat malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge