5 Sebab Kenapa Saya Suka Guna Balm Tasneem Naturel

Anak saya yang kedua, Salwa kerap batuk dan selesema sejak baby lagi. Hampir setiap bulan kami akan bawa ke klinik sebab batuk dan selesema yang berpanjangan.

Pada umurnya 2 tahun saya berkenalan dengan balm CF-Rub keluaran Tasneem naturel dan cuba guna untuk Salwa.

Dan alhamdulillah, selepas 2-3 bulan pakai, Salwa dan kurang batuk dan selesema. Bila kena pun lebih cepat baik.

Sejarah Tasneem Naturel

Tasneem Naturel diasaskan oleh Puan Haridah Sahri bermula November 2016.

Pada mulanya balm-balm ini dihasilkan secara homemade untuk memenuhi permintaan ibu-ibu yang mempunyai masalah anak kerap meragam.

Antara punca anak kerap meragam

  • Tak cukup tidur
  • Perut tak selesa
  • Hidung tersumbat sebab selesema
  • Terlalu letih bermain

 

Puan Haridah menghasilkan resepi essential oil sendiri yang diadunkan dalam bentuk balm untuk membantu mengatasi masalah ibu-ibu tadi.

Balm-balm ini sememangnya dihasilkan bersesuaian untuk kegunaan bayi sejak lahir lagi.

Kenapa balm Tasneem Naturel dikilangkan?

Demi memenuhi permintaan pasaran, ianya dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP

  • KKM

KKM tidak mengeluarkan sebarang sijil untuk produk yang dibuat di rumah.

Untuk lulus KKM, semua faktor diambil kira terutama tahap kebersihan kilang dan cara staff handle produk

Oleh itu, pembuatan di kilang lebih terjamin kebersihannya.

  • Pengeluaran

Ketika pengeluaran dilakukan secara homemade, hanya 200 balm boleh dihasilkan setiap hari.

Tetapi di kilang, 3000 balm boleh dihasilkan dalam masa 3 hari.

Bahan mentah juga disimpan pada suhu yang baik supaya terjamin kualitinya.

Keistimewaan Balm Tasneem Naturel

Apa yang membuatkan saya terbuka hati nak cuba balm ni dan terus jatuh hati?

  • Ramuannya daripada bahan-bahan semula jadi dan essential oil terpilih.

Saya memang selalu baca tentang kebaikan essential oil tapi tak begitu mahir cara pengendalian dan pemakaiannya.

Bila dah dibotolkan macam ni memang mudah sangat bagi saya.

  • Mudah digunakan.

Setiap balm sememangnya dibotolkan untuk menyelesaikan masalah tertentu.

Contohnya, Balm CF-Rub  dibotolkan untuk kegunaan bila anak batuk dan selesema.

Cuma sapu pada bahagian dada, tapak kaki dan tulang belakang 2-3 jam sekali.

Balm ni boleh digunakan sejak baby lahir sebab tak panas.

  • Kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

Berat sebiji balm dengan botolnya lebih kurang 100g. Saiznya segenggam tapak tangan orang dewasa.

Boleh selit dalam handbag atau diaper bag. Mudah nak bawa kalau balik kampung atau pergi kenduri.

  • Jimat.

Sebotol balm ni boleh tahan sampai 2 bulan dengan penggunaan kerap. Balm yang saya beli 5 bulan lepas masih ada lagi sebab Salwa dah kurang guna sekarang.

Tarikh luputnya setahun selepas dibuka. Jadi kena habiskan juga dalam tempoh setahun.

 

Nak tengok balm-balm keluaran Tasneem Naturel? Klik DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge