Disiplinkan Anak dari Rumah dengan 5 Langkah

Saya bukanlah heroin bab-bab disiplin ni apatah lagi nak disiplinkan anak. Zaman belajar dulu selalu ponteng kuliah. Astaghfirullah. Semoga anak-anak tak ikut perangai ni.

Bila dah bekerja sendiri di rumah, saya takde jadual tetap. Jadual untuk homeschooling Sarah pun takde. Semuanya ikut kelapangan masa dan kesediaan Sarah.

.

Tapi ada beberapa perkara yang perlu diberikan garis panduan supaya ahli-ahli di dalam rumah tahu batas-batas dan hormat menghormati. Paling penting supaya anak-anak terdidik untuk tidak membelakangkan ibu bapanya.

Continue reading “Disiplinkan Anak dari Rumah dengan 5 Langkah”

3 Langkah Ajar Anak Membaca Guna Kaedah Fonik

ajar anak membaca guna kaedah fonik

Sejuk je hati bila anak dah pandai membaca. Lagi-lagi bila kita sendiri yang ajar anak membaca. Nak lepaskan ke Darjah 1 pun dah tak risau anak ketinggalan.

Tapi bukan mudah proses untuk ajar anak membaca ni. Dan bukan sehari dua je anak terus boleh membaca.

Ibu bapa kena mainkan peranan penting supaya anak boleh kuasai kemahiran asas ni. Kalau tersilap cara boleh buat anak stress dan tak suka belajar. Sedangkan asas kepada ilmu pengetahuan ialah membaca.

Continue reading “3 Langkah Ajar Anak Membaca Guna Kaedah Fonik”